Rezeki tahun 2013
Alhamdulillah.. tahun 2013 bermula dengan rezeki kurnianNYA yang melimpah ruah.. Ambo amat bersyukur padaMU ya ALLAH..
Tertarik dengan kelebihan pokok dan buah Kurma, ambo dgn bapa saudara-Hj Zin (cikjin) mula menanam pada 02 Januari 2013 di tanah yang ambo beli di Beris Kubor Besar, Kelantan. Lebih 30 pokok ditanam buat permulaan dan kini ambo dengan kerjasama Cikjin telah menanam lebih seekar pokok kurma buat masa skrg, InsyaAllah skrg kami dalam untuk mempromosi dan mengembangkan lagi projek ini ke seluruh Negara. Kepada rakan-rakan yg berminat untuk melawat juga boleh :)
![]() | ||||||||||
gambar bapak sedara ambo pege hasil kurma dia |
hasil semaian kurma cikjin di area rumah dia b4 anto ke tanah ambo:-) |
gambar bapak sedara ambo pege hasil kurma dia |
Tanaman kurma, atau yang dikenal juga dengan nama latin Phoenix dactylifera,
adalah tanaman yang tumbuh di daerah beriklim panas. Tanaman ini
berasal dari sekitar Teluk Persia dan telah digunakan sebagai makanan
pokok oleh masyarakat di daerah Timur Tengah sejak dahulu kala.
Buah
kurma dapat dimakan langsung atau dibuang bijinya untuk diganti dengan
kacang almond, walnut, atau keju krim. Buah kurma juga dapat diolah
menjadi pasta, selai, dan juga sirup.
Buah
kurma mengandung berbagai komponen zat gizi, setiap 100 gram buahnya
terkandung 75 gram karbohidrat (terbagi atas 63 gram gula dan 8 gram
serat makanan), 0,4 gram lemak, 2,5 gram protein, 21 gram air, 0,4 mg
vitamin C, serta 0,262 mg mangan.
Secara
keseluruhan, buah kurma yang diolah menjadi infusi, dekoksi, pasta,
atau sirup digunakan secara tradisional untuk mengubati demam, serta
radang selaput lendir di hidung dll. Sedangkan akar kurma dikatakan
mampu mengubati sakit gigi.
KENAPA ambo Rintis dulu?
“Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan
anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ). Tujuannya supaya
mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan
tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak
perlu bersyukur?”
(Yasin : 34-35)
Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu ketara sejak zaman terawal lagi. Sejak sekian lama sektor pertanian sentiasa diberikan penekanan oleh ahli agronomi dalam kajian dan tulisan mereka.
Dalam
Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang
mulia dan amat digalakkan. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi
apabila hasil industri ini turut menyumbang kepada hasil makanan negara
selain merupakan sumber pendapatan petani.
Banyak
ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah-buahan
yang pelbagai menunjukkan betapa pentingnya bidang pertanian pada
pandangan Islam. Antaranya Allah berfirman dalam surah Al An'aam ayat 99
yang bermaksud :
“Dan
Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan
air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan
daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu
butir-butir (buah-buan) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma),
dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah
dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan
zaiton serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang
tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah,
dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang
beriman.”
Dari
aspek akidah kegiatan pertanian dapat mendekatkan diri seseorang
kepada Allah. Tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam
proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Apabila seseorang itu
melakukan usaha pertanian, ia akan membuatkan seseorang itu lebih
memahami hakikat sebenar konsep tawakal dan beriman kepada
kekuasaan-Nya. Yang memberikan hasil tetap datangnya dari Allah Swt.
Hukum Kegiatan Pertanian
Dalam
Islam, jika pertanian merupakan satu-satunya bidang yang seseorang
boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya,
maka hukum bertani itu adalah fardu ‘ain baginya. Sementara itu, adalah
menjadi fardu kifayah pula kepada sesiapa yang mampu melakukannya demi
kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi
semua.
Menurut
Dr. Zainal Azam Abd. Rahman seorang cendikiawan Islam dalam tulisan
beliau dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2005, kegiatan
pertanian menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada
manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha'
Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada
pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan
dan perancangan projek-projek “Mega-Mega” kerana manfaat pertanian
lebih meluas dan menjangkau kehidupan rayat justeru kepentingannya
tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada
umat.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 27 – 32 yang bermaksud :
“Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma
(29) Dan taman-taman yang menghijau subur (30) Dan berbagai-bagai
buah-buahan serta bermacam-macam rumput. (31) Untuk kegunaan kamu dan
binatang-binatang ternakan kamu (32).”
Tentulah
menjadi masalah yang besar sekiranya sesebuah negara itu banyak
bergantung kepada sumber luar untuk mendapatkan bahan makanan. Ini
kerana dibimbangi sekiranya berlaku peperangan, berlaku bencana alam di
negara pengeluar atau sebarang sabotaj menyebabkan bekalan makanan
sukar didapati. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang
berlaku hari ini disesetengah negara dimana sekatan-sekatan ekonomi,
peparangan dan kemusnahan disebabkan oleh bencana alam menyebabkan
kekurangan makan dan kebuluran.
Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud:
"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya."
(Hadis riwayat Imam Ahmad).
Balik 14/3/2013 ni ambo amik gambar and post kat blog utk tatapan sesaper yang nak baca yer.
And tolong doakan agar usaha ambo ni berjaya, InshaaAllah untuk di share reramai hasilnya, InshaaAllah.
8 comments:
boleh saya dapatkan contact number sbb saya berminat nak beli buah kurma kelantan untuk kajian master saya.. :)
boleh email saya di wawa.alom@gmail.com.. tq
boleh email saya di wawa.alom@gmail.com utk bincangkan ye encik.. tq
ada kerja kosong tak?😄saya berminat untuk bekerja dalam bidang pertanian.
ada kerja kosong tak?😄saya berminat untuk bekerja dalam bidang pertanian.
ada kerja kosong tak?😄saya berminat untuk bekerja dalam bidang pertanian.
Good...
I want to try... ;)
Bolsh bg wtsap untk info selanjutnya ada jual benih ke ..berapa harga sepokok ya
Post a Comment