A.L.O.M

Pabila alom bercerita itu dan ini...

AWAS! Peringatan Malam Tahun Baru


*

*

*

*

*

*

*

TOLONGLAH HINDARI DARI TERJADINYA BENDA-BENDA SEBEGINI

*

*

*

*

*


JANGAN ADIK-ADIKKU SAYANG. Jangan biarkan maruahmu dipijak-pijak oleh mereka yang hanya 'sayangkan' kamu sementara sahaja. Sayang bila nak. Dah dapat, plus dapat 'hasil' terus kamu ditinggalkan. Sedih tengok ahli-ahli syurga ni dibuang merata-rata, tanpa belas kasihan. Kalau dah membuahkan hasil sekalipun, janganlah buang. Kalau tak nak, letak depan rumah orang, letak kat masjid ke. Jangan buat mereka seperti sampah. Binatang pun tahu sayangkan anak.

**Takdok pulok ore nok tohok anok depan rumoh ambo. Ambo ni bertahun doh tunggu cahaya mata, tapi Allah SWT tok izin lagi. Sedih sangat-sangat bila tengok berita-berita macam ni. Sob sob sob

Simpati dengan mangsa


Kejam! Ngeri! Kasihan dan simpati. Itulah yang boleh ambo gambarkan bila baca kisah mangsa rogol dari New Delhi yang di rogol beramai-ramai. Mangsa telah pun meninggal dunia baru-baru ini di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selepas mendapatkan rawatan di situ. Kejam sangat-sangat sebab 1 lawan 6! Apalah sangat kudrat seorang wanita yang berusia 23 tahun. Ambo pun tak gagah kalau lawan ngan orang lelaki. Inikan lagi 6 orang!  Ngeri sebab bukan setakat dirogol beramai-ramai, bahkan mangsa juga ditusuk-tusuk dengan besi hingga menyebabkan kerosakan organ yang teruk seperti usus pecah dan beberapa kecederaan organ dalaman yang lain.  Ya Allah, azabnya adik ini. Sungguh gila lelaki-lelaki yang tidak layak dipanggil manusia itu. Kasihan dan simpati kerana mangsa adalah seorang pelajar cerdik dari jurusan perubatan, yang mungkin suatu hari nanti dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran beliau kepada negara. Tapi itu semua tidak mungkin terjadi kerana mangsa telahpun meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh memilukan.

Apa yang menyedihkan lagi, di India mangsa keganasan seksual sering dipersalahkan. Ramai mangsa terpaksa berdiam diri kerana bimbang akan memalukan keluarga. Polis pula kerap kali enggan mengambil aduan  mangsa rogol dan pendakwaan jarang dilakukan. Betul-betul macam dalam filem tamil dan hindi yang selalu kita saksikan di kaca TV. Sama juga dengan kes serangan asid yang makin meningkat setiap tahun. Serangan itu dikatakan adalah sebagai suatu perbuatan membalas dendam yang paling biasa dilakukan terhadap wanita terutama di kalangan mereka yang menolak lamaran perkahwinan dari lelaki ataupun yang meminta perceraian.

Secara peribadi, ambo berpendapat mangsa boleh diangkat sebagai hero kerana kes mangsa ini telah berjaya membuka mata rakyat India sehingga tercetusnya bantahan secara besar-besaran yang mendesak dan menuntut kerajaan untuk meningkatkan hak perlindungan ke atas kaum wanita. Setiap wanita mempunyai hak untuk dihormati, dihargai dan dilindungi.

Sayangilah, hargailah dan lindungilah wanita-wanita di sekliling anda. 

Cara membuang virus shortcut di dalam pendrive dan external hard disk


Sekarang ramai betul orang diserang virus shortcut.
Bila dah infected, semua file dalam pendrive ataupun external hardisk akan jadi shortcut dan file asal tidak lagi kelihatan. Tidak kurang juga, virus shortcut ini menganggu sistem Windows seperti meningkatkan cpu usage dan disable task manager, regedit atau sebagainya.

Ada orang terus format, tapi akibatnya file akan hilang dan rugi banyak benda. Jom saya tunjukkan cara membuang virus shortcut ini tanpa perlu format balik pendrive atau external hard disk.

1. Gunakan Antivirus yang berkesan

Laptop kawan saya pernah kena virus ini dan dia pakai avast antivirus. Dah pakai latest definition tapi malangnya bila scan satu habuk tak jumpa pun virus. Jadi pastikan pakai antivirus yang reliable.
Saya cadangkan pakai Microsoft Security Essential (link) + Super Antispyware (link) untuk perlindungan kepada sistem windows anda. Dua-dua perisian tu percuma.

2. Buat selective scan/custom scan

microsoft security essential
Selective scan bermaksud scan guna antivirus hanya pada drive yang infected ataupun scan running processes/memory. Ini bertujuan untuk menghapuskan proses virus yang sedang aktif dalam background, serta menghapuskan file2 virus dalam pendrive atau shortcut dengan lebih pantas.
Kalau buat full scan lama sangat masa yang perlu diambil.

3. Unhide hidden file

Lepas scan dengan MSE patutnya virus shortcut dalam pendrive semua dah kena delete. Jika ada shortcut2 lagi yang tertinggal anda boleh control + A kemudian delete shortcut tersebut.
Sebenarnya, file2 dalam pendrive anda bukannya musnah dan menjadi shortcut, tetapi virus tersebut telah membuat semua file dalam pendrive anda menjadi superhidden. Shortcut2 tu sebagai taktik untuk mengelirukan mangsa supaya salah sangka file2 mereka telah musnah dan mereka harus format pendrive untuk mengembalikan kepada asal.

- Cara manual,

Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.
Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:*.* /d /s -h -r -s
Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:*.* /d /s -h -r -s
Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib

- Cara mudah

Gunakan software Hidden file Tool : Download Hidden File Tool. Kemudian run, dan ikut langkah berikut.
hidden file tool
Ok, pada bahagian open path buka direktori pendrive atau external hard disk anda. Contohnya J:. Dan pada bahagian filter delete *.* dan biarkan kosong. Pada bahagian attributes click pada Hidden dan System. Kemudian tekan scan dan file2 anda yang hilang akan dijumpai, dan anda boleh lihat attribute bagi file2 yang hilang ini ialah HSA membawa maksud superhidden.
Superhidden file tidak boleh dilihat dengan mudah seperti anda show/hide hidden file dalam folder options.
hidden file tool[5]
Untuk restore file2 yang superhidden, tekan shift dan highlight semua file yang hendak direstore. Kemudian tekan change, dan tunggu sebentar file2 tersebut akan direstore kembali.
Cuba periksa pendrive atau external hardisk anda, kalau dah berjaya restore tahniah diucapkan.

4. Periksa kehadiran malware/spyware lain dalam komputer anda

Mungkin dalam komputer anda masih ada saki-baki malware lain yang tertinggal? Jadi menggunakan perisian seperti superantispyware anda boleh scan dan jika jumpa terus hapuskan malware tersebut.

5. Buat full scan antivirus + antispyware

Jika anda ada masa baru buat full scan pada windows anda. Sebab saya tak nasihatkan anda buat full scan pada awal2 lagi sebab full scan biasanya mengambil masa sangat lama. Anda hanya perlu hapuskan file2 tertentu sahaja.

6. Buat scan dalam safe mode

Jika perlu, atau mungkin virus tidak dapat didelete dalam windows biasa, anda mungkin terpaksa membuat full scan menggunakan windows dalam safe mode. Caranya, tekan f8 masa windows start.

**Selamat mencuba** ambo kena doh tu yang faham if doc semua hilang "pening uiiii"..ngeee

assignment power point

Kejadian tembakan di sekolah di Amerika

14 Disember yang lepas, dunia dikejutkan dengan kejadian tembakan di Sandy Hook Elementary School yang terletak di Newtown, Connecticut, Amerika Syarikat di mana 20 kanak-kanak dan 6 dewasa telah di tembak dengan kejam. Mangsa kejadian ditembak dengan lebih dari 1 das tembakan. Suspek dikenali sebagai Adam Lanza yang berusia 20 tahun, yang terlebih dahulu menembak mati ibunya Nancy Lanza, 52 di  rumah. Nancy Lanza juga merupakan seorang guru. Selepas serangan, Adam akhirnya menembak mati dirinya sendiri. More info: Encik Wikipedia

Sandy Hook Elementary School

 Kanak-kanak ketakutan menanti di luar sekolah


Takutnya. Pernah suatu ketika dulu di Malaysia, situasi yang hampir sama berlaku. Mujurlah tidak melibatkan kehilangan nyawa. Pada tahun 2010, seorang lelaki mengamuk dan menghentak kepala tiga murid dengan tukul di sebuah tadika di Muar. Tahun 2011 pula, (masih di Muar) guru dan murid tadika dijadikan terbusan. Ish-ish, dah mirip-mirip berita di luar negara. Masyarakat dunia sekarang makin tak sihat mentalnya. Ni semua gara-gara stress la ni. (Heee, mentang-mentang update cerita pasal stress kan).

Pssttt...tapi berapa ramai masyarakat dunia nak bersimpati dengan tindakan kejam rejim zionis yang menembak mati bayi, kanak-kanak dan wanita di Palestin? Lagi kejam rasanya tindakan mereka.





Stress rasanya oiii


Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. Uhuhu, agak-agak boleh kot nak samakan ambo nga mamat dalam gambar ni. Lagu ni lah agaknya rupa ambo bila ambo stress kat office. Kerja ambo ni kebanyakkannya memang last-last minute sokmo. Bukan ambo yang nak last minute, tapi boss and big boss yang bagi last minute. Lepas tu suruh settle on the spot! Hadushh...stress sungguh! Time tu la rasa tak cukup nafas, rasa nak marah kat orang, macam-macam rasa lah ada. Bila boss tak ada, rasa kurang stress sikit. Nak kata totally berjimba tu takdoklah, sebab by hook or by crook boss tetap akan tinggalkan kerja walaupun sebesar hama untuk ambo settle kan. Huh! Letih! Letih! Sekarang ni pun tengah stress. Meeting patutnya esok, tapi big boss minta tunda sampai 21hb. Masalahnya 21hb tu ambo nok cuti panjang. Nak balik kampung. 4 bulan dah tak balik. Dah tahap kronik rindu kat kampung halaman!!!! Bila stress melanda, dan dan rasa macam nak berhenti kerja, nak jadi suri rumah. Tapi bila dah lega tu, boring pulak kalau duk kat rumah saja-saja. Heee, tulah dinamakan manusia kan? Tak pernah nak rasa puas. Astaghfirullah. Insaf, insaf.

Kalau ambo stress, biasanya ambo akan baca novel! Hehehe. Memang rumah ambo penuh dengan novel, buleh buka perpustakaan mini dah rasanya. Bila baca novel tu, rasa macam masalah duniawi ni hilang, sebab mood betul-betul duk dalam dunia fantasi novel tu. Tapi tu kalau stress tahap tertinggi la. Kalau yang biasa-biasa, ambo akan tarik nafas dalam-dalam, lepas tu ambo cuba sengeh. Biasanya menjadila untuk 2 3 minit. Lepas tu stress balik. Hehehe. Bila search "cara-cara menangani stress" banyak tip-tip yang akan jumpa. Ada few yang menjadi, ada few yang tak boleh nak follow. Apa pun, kita perlu bijak menangani stress sebab kalau tak boleh nak handle, takut nanti lambat laun makan diri. Mana la tau kut tiba-tiba nanti masuk list pergi Hospital Bahagia kat Tanjung Rambutan? Aduh...mintak jauh la tu semua. Okla kawan, nak sambung kerja. Nanti update lagi. Jangan stress-stress ye...senyum!!!!


Aneeda Scarf

Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. Bersua kembali kita di hari minggu yang tetap busy bagi ambo. Hehehe. Walaupun nama weekend, tapi ke hulu, ke hilir memanjang. Busy sokmo! Ore lain time hujung minggu ginila nak lepak-lepak, nak feel free dari serabut kerja kat office, tapi ambo kena gi kelas, buat assignment, kena sit for an exam. Takpe-takpe. Ambo redha. Pengorbanan demi segulung ijazah! Hehehe.

Sekarang ni ambo tengok dalam facebookla terutamanya, banyak timbul tudung yang 3 layers ni. Dulu gak sohor dengan jenama Fareeda nyata jelita. Lepas tu timbul pulok nama DeNorish Elegence (DNE). Harga sama mahal dengan Fareeda. Ratus-ratus beb! Ada tu sampai dua tiga ratus. Ish ish ish. Ha, meh sini ambo nok perkenalkan tudung 3 layers juga, tapi harga jauh lebih murah dan kualiti setanding dengan Fareeda dan DNE. Jeng jeng jeng...

Perkenalkan...ini tudung jenama ANEEDA SCARF!! Comey kan? Menggiurkan? Menggoda? Hehehe. Harga tak sampai pun seratus. Nak tahu lebih lanjut, boleh terjah ke facebook Aneeda Scarf. Nanti pakat ramai-ramai borong tudung 3 layers ni di Aneeda Scarf ye. (Pssttt, Aneeda tu adik ambo! Hehehe)







Sesuatu yang buat anda tersenyum

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Lama sudah kita tidak bersua.Maklumlah, kekangan masa dan beban kerja tidak mengizinkan ambo nok bukok blog. Apatah lagi nok edit. Hehehe. Ni big boss takda gi outstation ke Tawau, curi-curi peluang jap. Takdok banyok benda pun yang nak di war-warkan, cuma memandangkan bulan depan dah masuk tahun baru...so, ini ada sesuatu yang mungkin menggembirakan anda semua apabila tiba hujung bulan. Hehehehehe...

*

*

*

*

*

*

*


....Tadaaaa....

*

*



Hmm, cuma 2 bulan je gaji awal. Takdokla botok sangat nak tunggu gaji bulan berikutnya. Hehehe. Ok, semua. Kejap je boleh update ni. Nak sambung buat keje. Boss takdok pun dia tinggal wasiat bertimbun-timbun ni ke ambo! Uhuhuu...Nanges!!!

stress dan cinta

Assalamualaikum readers (chewah macam la ramai sangat reader blog ambo ni hohoho:p)

November 2012.. memang bulan yang buat kepala ambo jadi botak. Dengan kursus+seminar+meeting+ assignment dan nak hadap exam lagi.. Ya Allah memang dugaan betul bila belajar sambil bekerja ni ehhhhh bekerja sambil belajar.. hehee padan muka mu meklom (ambo la tu)!! peringatan dari bos, kawan-kawan n family dah sampai awal-awal lagi kat mu meklom bila mu meyuarakan suara hati mu yang konon suci murni tu untuk further study... huhuhu hanya suamiku yang tercinta saja menyokong 150% niat murni ambo ni.

ambo ni kerja tak sama dengan orang ramai-ramai. Ambo kerja sorang-sorang, takde backup punya lah, yang ada big boss W48 n M54 terus.. maunya tak sakit kepala ambo ni.. anak buah?? lagiiiii tak de huhuhu rasanya kalau suami ambo yang tak bago dorongan dan kata-kata semangat, maunya sem 1 dah berhenti. sedih sangat bila suasana tempat kerja pun tak memahami.. **so ingat lah meklom bila jadi big boss nanti jangan eksen memanjang dengan anak buah tu, try faham masalah diorang:p**

Assignment aplikasi komputer dan makroekonomi pun lambat hantar, dah la masa ambo gi Bandung 22-26 Nov 2012 haritu ada kuiz dan assignment aplikasi komputer.. nasib baik DR Zaleha memahami.. TQVM pada semua pensyarah yang memahami keadaan kami as pekerja "pelajar" ni hihihi.. 

ok dah habis membebel, malas nak taip panjang-panjang luahan perasaan ni ngeeee:p
enjoy gambar ambo dan suami tercinta (bukan nak menunjuk tapi inilah suami yang memahami kerja dan tugasan isterinya..terima kasih sayang)


ni gambo masa baru akad nikah:p

Ni tahun ke-4 kawen

ni tahun ke-5 (dah makin bulat haaa)

haaaa ni bila dah masuk tahun ke-6 mula la tak sayang bini yer heheh

with my nephew (takde anak kan so pinjam anak orang la hihi)

ni tahun lepas 2011 masa jalan-jalan kat hatyai, thailand (pon pinjam anak kawan wat eksen:p)

my love forever.. berdua tanpa ada anak stelah 6 tahun kawen pun alhamdulillah ku bahagia:-)



haaaaaaaa sekian yer readers ngeeee:p
babai:-))





Assignment about "Internet Security"

Diri Ambo

My photo
just a simple woman n wife.. but sometime my head will be da tingtong n toink2 heheh peace yo!!

Followers

About this blog

Powered by Blogger.

Search