A.L.O.M

Pabila alom bercerita itu dan ini...

Simpati dengan mangsa


Kejam! Ngeri! Kasihan dan simpati. Itulah yang boleh ambo gambarkan bila baca kisah mangsa rogol dari New Delhi yang di rogol beramai-ramai. Mangsa telah pun meninggal dunia baru-baru ini di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selepas mendapatkan rawatan di situ. Kejam sangat-sangat sebab 1 lawan 6! Apalah sangat kudrat seorang wanita yang berusia 23 tahun. Ambo pun tak gagah kalau lawan ngan orang lelaki. Inikan lagi 6 orang!  Ngeri sebab bukan setakat dirogol beramai-ramai, bahkan mangsa juga ditusuk-tusuk dengan besi hingga menyebabkan kerosakan organ yang teruk seperti usus pecah dan beberapa kecederaan organ dalaman yang lain.  Ya Allah, azabnya adik ini. Sungguh gila lelaki-lelaki yang tidak layak dipanggil manusia itu. Kasihan dan simpati kerana mangsa adalah seorang pelajar cerdik dari jurusan perubatan, yang mungkin suatu hari nanti dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran beliau kepada negara. Tapi itu semua tidak mungkin terjadi kerana mangsa telahpun meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh memilukan.

Apa yang menyedihkan lagi, di India mangsa keganasan seksual sering dipersalahkan. Ramai mangsa terpaksa berdiam diri kerana bimbang akan memalukan keluarga. Polis pula kerap kali enggan mengambil aduan  mangsa rogol dan pendakwaan jarang dilakukan. Betul-betul macam dalam filem tamil dan hindi yang selalu kita saksikan di kaca TV. Sama juga dengan kes serangan asid yang makin meningkat setiap tahun. Serangan itu dikatakan adalah sebagai suatu perbuatan membalas dendam yang paling biasa dilakukan terhadap wanita terutama di kalangan mereka yang menolak lamaran perkahwinan dari lelaki ataupun yang meminta perceraian.

Secara peribadi, ambo berpendapat mangsa boleh diangkat sebagai hero kerana kes mangsa ini telah berjaya membuka mata rakyat India sehingga tercetusnya bantahan secara besar-besaran yang mendesak dan menuntut kerajaan untuk meningkatkan hak perlindungan ke atas kaum wanita. Setiap wanita mempunyai hak untuk dihormati, dihargai dan dilindungi.

Sayangilah, hargailah dan lindungilah wanita-wanita di sekliling anda. 

0 comments:

Post a Comment

Diri Ambo

My photo
just a simple woman n wife.. but sometime my head will be da tingtong n toink2 heheh peace yo!!

Followers

About this blog

Powered by Blogger.

Search