14 Disember yang lepas, dunia dikejutkan dengan kejadian tembakan di Sandy Hook Elementary School yang terletak di Newtown, Connecticut, Amerika Syarikat di mana 20 kanak-kanak dan 6 dewasa telah di tembak dengan kejam. Mangsa kejadian ditembak dengan lebih dari 1 das tembakan. Suspek dikenali sebagai Adam Lanza yang berusia 20 tahun, yang terlebih dahulu menembak mati ibunya Nancy Lanza, 52 di rumah. Nancy Lanza juga merupakan seorang guru. Selepas serangan, Adam akhirnya menembak mati dirinya sendiri. More info: Encik Wikipedia
Sandy Hook Elementary School
Kanak-kanak ketakutan menanti di luar sekolah
Takutnya. Pernah suatu ketika dulu di Malaysia, situasi yang hampir sama berlaku. Mujurlah tidak melibatkan kehilangan nyawa. Pada tahun 2010, seorang lelaki mengamuk dan menghentak kepala tiga murid dengan tukul di sebuah tadika di Muar. Tahun 2011 pula, (masih di Muar) guru dan murid tadika dijadikan terbusan. Ish-ish, dah mirip-mirip berita di luar negara. Masyarakat dunia sekarang makin tak sihat mentalnya. Ni semua gara-gara stress la ni. (Heee, mentang-mentang update cerita pasal stress kan).
Pssttt...tapi berapa ramai masyarakat dunia nak bersimpati dengan tindakan kejam rejim zionis yang menembak mati bayi, kanak-kanak dan wanita di Palestin? Lagi kejam rasanya tindakan mereka.
0 comments:
Post a Comment