A.L.O.M

Pabila alom bercerita itu dan ini...

Tabita oh tabita...

Tabita oh tabita...

inilah rupanya tabita yg sedang hangat diperkatakan...
baru-baru ni aku ditanya mengenai tabita..Tabita ni merupakan produk perjagaan muka yang agak femes di Indonesia suatu ketika dahulu dan kini suam suam kuku saja..di malaysia jadi sebutan dalam penghujung tahun lepas aku kira..tapi tabita di indon sudah hampir 2..3 tahun..

Aku berminat untuk menulis mengenai tabita di sini setelah aku sendiri menggunanya lebih kurang 3 bulan pada tahun lepas..Harga tabita ni di jakarta kalau pakej sederhana dalam Rp175k (lebih kurang RM60) dan pakej besar Rp245k (RM85).Di Malaysia pada awalnya RM520 pakej besar..dan kini rata-rata harganya antara RM300-500. Harga bergantung kepada penjual..kalau nak untung banyak..so harga tinggi...ehehehe 

sebelum tu aku minta maaf kepada penjual-penjual tabita termasuk rakan-rakan sekiranya anda terbabit dengan produk ni..aku tak bermaksud nak sekat rezeki korang...tetapi ini pengalaman aku sendiri semasa memakainya..

pertama kali waktu aku jumpa tabita ni..aku tengok saling tak tumpah seperti produk philipine RDL atau Babyface yg harga dia tak sampai RM30. Aku pernah pakai babyface ni masa zamandulu-dulu hehe...mmg cun giler kulit aku...putih bersih...tapi hazab waktu nak cun tu saling tak tumpah seperti aku pakai tabita..sabun papaya tabita sama seperti sabun babyface ni cuma tabita versi sabun dilecek. Kemudian toner..cream siang...cream malam dia persis tak tumpah...hampir 2 minggu muka aku terbakar pedih waktu nak basuh...bila kena matahari jgn ceritalah...pedih...merah..lebam semuanya cukup..kulit menggelupas halus..kononnya buang kulit mati...ok lah...tapi bayangkan..setiap kali sapu toner kt muka pedih mengalahkan sakit nak buang air kecil masa lepas bersalin tu...ehehehe..itu yg aku alami..dalam pedih-pedih tu aku gatalkan jugak pakai selama 3 bulan..kulit mmg licin..putih berseri..tapi ramai kata putih tak natural... so aku stop pakai...elok stop jer pakai tabita ni..muka jadi lebam-lebam..hitam terbakar...(sememangnya aku dah hitam..jadi bertambah hitamlah kan)..jerawat halus naik mencanak..

Krim ni kalau di Indon dipanggil krim walit atau pun krim bandung ...rupa dia bukan macam adik beradik tabita jer...tapi bau...warna...semuanya sama...kalau korang pergi pasar malam...boleh jumpa produk Natural99 seperti dalam gambar di bawah ni...yang dijual sebotol RM5...kualiti dia sama seperti tabita....muahahaha..zalim kan...tabita ratus-ratus...ni harga 5 ringgit je ko..cuma packaging tu lah....tabita nampak comel sikit... tapi aku pelik...orang-orang yang pakai tabita dan spesis-spesis skincare yang seangkatan dengannya..termasuk diri aku jugakkan yang pakai sebelum ni...tak perasan ke..tak der nama pengeluar..tak ada kandungan bahan...dan macam-macam tak ada dinyatakan segalanya kat produk tu...tu pun orang tak agak-agak nak beli..

ni produk jenama Natural99...adik kembar tabita
Krim walit @ krim Bandung...ihsan dari Google....ehehe 
 
 
aku pun bersoal siasat lah dengan jiran-jiran di Indon ni mengenai tabita.. rakan-rakan gossip di jakarta ni dengar nama tabita..terus..."waduh-waduh mbak...tabita itu banyak chemical...penuh bahan kimia didalamnya..ngapain dipakai tabita..kita di sini pun ngak berani pakai tabita...banyak dokter di sini melarangnya...kalau dipakai terus-terusan boleh kena kanker kulit mbak.." itulah kata jiran sebelah rumah aku.. tak cukup dengan itu...aku diberitahu tabita itu asalnya dari kirim walit seperti gambar di atas ni..krim walit ni boleh dibeli secara pukal atau timbang kati di Bandung dengan harga RM30 sekilo...kemudian balik jakarta singgah Pasar Ubat Pramuka beli bekas-bekas kosmetik tempek label then jual...letak lah harga berapa korang nak letak..sadis tak ??? Sebab tu lah banyak jutaan kosmetik kat malaysia..beli skincare timbang kati pastu rebrand...huhuhu

Di Indonesia sendiri tak ada yang berani jual tabita ni secara terang-terangan (aku tahu sebab aku cari merata semasa di bandung haritu tapi jumpa kat satu saloon je)...kerana dia seperti barang larangan...ada lah satu salun yang jual tu..kira dia berani lah... Kesimpulannya...kalau tengok mana-mana skincare yang seperti aku tempek...ada sabun ..toner..ada krim siang..krim malam yang rupa krim walit ni..janganlah korang terpedaya...ni semua datang dari sumber yang satu di Bandung tu...aku berani sebut...aura maya tu pun sepesen je dengan Natural99...sabun hijau sabun kuning sama jer..krim yg dua tu pun sama je... so tempuk dada tanya selera...waraskah kita nk buang duit ratus-ratus utk barang timbang kati yang sekilo RM30 ? ahahahha...

FEP UKM

   Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor
   Laman Web : http://www.ukm.my/fep
_______________________________________________________________________________
Program Sarjanamuda Perniagaan dengan Kepujian menyediakan kursus bagi membina para pelajar menghadapi arus cabaran dalam dunia perniagaan yang kompetitif. Program ini memastikan graduan mempunyai secukupnya ilmu pendidikan dan kelayakan membina pilihan kerjaya yang luas. Program ini juga menyediakan graduan yang berkebolehan dalam teras perniagaan berorientasikan disiplin yang berkaitan seperti pengurusan, perakaunan, kewangan dan pemasaran di samping memahami aspek-aspek kursus di dalam bidang sains sosial yang merangkumi ekonomi, sosiologi, komunikasi, bahasa dan teknologi.

Jabatan Ekonomi dan Perdagangan di bawah Fakulti Sastera telah dinaik taraf sebagai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Pada 16 Mei 1979, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah dipisahkan menjadi Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan ekoran perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin meningkat. Kedua-dua fakulti ini telah digabungkan hasil penstrukturan semula pada 1 April 2004 sebagai Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Mulai 5 Ogos 2010 namanya telah ditukar kepada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
_______________________________________________________________________________

Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian
Program Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian merangkumi pengajian selama 4tahun. Program ini diwujudkan untuk melahirkan graduan profesional dalam bidang perakaunan sejajar dengan keperluan cabaran dan perkembangan profesion, ekonomi dan negara. Program ini distrukturkan untuk membentuk kemahiran graduan menjadi pengurus dalam membuat keputusan, pengurus maklumat serta menjadi perancang dan pengawal kewangan sama ada sebagai akauntan awam atau akauntan berdaftar di organisasi awam mahupun swasta.

Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian Pelajar dikehendaki memilih pengkhususan antara lima bidang yang ditawarkan seperti:-
     » Pengurusan      » Perniagaan Antarabangsa      » Kewangan      » Pengurusan Risiko dan Insuran      » Pemasaran


Sarjanamuda Ekonomi dengan KepujianProgram ini dirangka untuk menghasilkan siswazah yang mampu memahami, menganalisis dan memberikan pandangan kritikal kepada mana-mana permasalahan ekonomi. Untuk tujuan ini, pelajar dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi yang mencukupi dan menyeluruh di samping mengkhusus di bidang ekonomi yang diminati seperti kewangan, industri, sumber manusia, pembangunan dan perancangan, sumber dan alam sekitar, ekonometrik, dasar awam, antarabangsa dan ekonomi Islam.

_______________________________________________________________________________
Dekan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 603 8921 5360 / 5366 / 5367     Faks : 8925 1821 / 3713
Laman Web : http://www.ukm.my/fepE-mel : dfep@ukm.my

Salam maulidur rasul

Hehehe. Rajin kan ambo update blog malam ni. Sebabnye, penuh duk simpan dalam draf sejak sekian lama. Kikiki. Harini barula terhegeh-hegeh nak post blako mana hok ada. Kekgi kena maroh kalu tak update blog. Hehe. Ni nak cerita pasal Sambutan Maulidur Rasul minggu lepas. Tahun lepas ambo tak join. Tahun ni baru merasa. Seronok jugok. Sebab yang paling best ialah dapat baju FREE! Comey pulok tu! Hehehe. Geng-geng muslimah ni tak belarok (berarak), cuma jadi urusetia je untuk handle makanan kepada kontijen yang berarak. Subuh-subuh hari lagi kena ada kat office. Bahagi-bahagikan sarapan untuk geng-geng muslimin,lepas tu sama-sama jalan kaki ke Masjid Putra. Sepanjang dari office nak ke masjid tu, meriah dengan perarakan geng-geng motor, geng-geng basikal. Pendek kata memang meriah lah! Jom layan picture. :-)

 Ore panggil gapo ni? Payung terjun ko? Bukey. Tok tahula nama penuh dia gappo. Hehehe

 Geng-geng basikal. Sporting woo demo nih

 Ni pulak geng abang motor

Dengan sahabat yang banyak membantu ambo. TQ Nana.

Dengan Mak Buyum, Lela

Kontijen dari KASTAM :-)


Okla semua. Rasa pening kepala pulak update blog banyak-banyak entry skali gus. Hehehe. Kita rehat dulu! Adios!!

Perlu ke insuran?


Kawan-kawan ada ke perlindungan insuran? Untuk diri sendiri? Anak? Keluarga? Penting ke? Ambo kijo gomen, perlu jugok ko? Gomen cover dah kan?

Itulah antara persoalan yang ambo tertanya-tanya dulu. Perlu ke? Penting ke? Ambo rasa keperluan dan kepentingan tu bergantung pada individu. Selagi tiada kesedaran, selagi tu lah kita rasa benda tu tak penting dan tak perlu. Macam ambo dulu pun takda insuran. Tiada perlindungan, sebab ambo rasa ambo kerja gomen dan dari segi medical gomen dah cover. So, kenapa nak ada insuran lagi? Sampai pernah jugalah bertekak dengan kawan yang dah ambik insuran.

Kemudian, baru timbul kesedaran bila makcik ambo sakit. Makcik ambo tu pesara kerajaan, lepas pencen selalu sakit-sakit. Makin lama makin teruk. Berak berdarah. Pergi hospital kerajaan, demo kata sakit buasir. Nasib baiklah sepupu ambo ada. Dia nurse dekat Selangor Medical Centre (SMC) di Shah Alam. Dia suggest jumpa doctor kat tempat dia. Apa yang mengejutkan, doctor detect dia kena kanser usus, stage 3! Kena cepat-cepat buat major operation. Perkara pertama pihak hospital tu tanya; " Ada insuran?" Makcik ambo ni royat (bagitau) la takdok. Pihak hospital cakap, kalau takde insuran payah sikit. Macam mana nak handle operation, sebab kos dia agak besar. Kalau rujuk hospital gomen, nak menunggu tu makan masa. Takut nanti sel kanser merebak, lagi teruk. So, makcik ambo kata takpe, dia bayar cash! (Mujurla makcik ambo tu masa kerja gomen, pencen ngan gaji besar. Tu yang boleh bayar cash.)

Lepas kejadian tu lah, ambo rasa timbulnya kesedaran mengenai pentingnya ada insuran untuk melindungi kita. Yela, walaupun kita ni kerja gomen, tapi faham-fahamlah hospital gomen macam mana kan. Nak menunggu tu, Allah Ya Rabbi, lama! Dari sakit boleh jadi sembuh la! Hehehe, ade ke macam tu mek lom oii. Apadaaa. Dengan adanya insuran, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. RM100 sebulan tu rasanya tak membebankan kot untuk kita memiliki insuran. Dari RM100 tu habis tak tentu hala, molek juga kiranya kita 'save' sikit untuk perlindungan diri. Kalau kata sihat walafiat sampai tempoh matang dia, kita boleh claim duit. Kan ke pelaburan juga tu. Adalah untung juga hasil kita duk bayar bulan-bulan. Kan?

Apapun, sila dapatkan khidmat nasihat dari agen insuran yang bertauliah berdekatan dengan anda. Ambo ni bukan agen insuran. Hehehe. Make sure juga jenis insuran yang anda pilih tu term-term dia macam mana. Orang tanya ada insuran? Ada!! Insuran awak ada cover ke kalau kena bla bla bla... Aiyoo, kita jadi blur. Tak tahu jenis yang macam mana insuran kita tu. Life insurance ke, health insurance ke, education insurance ke. Kadang agen yang tak bertanggungjawab tak explain detail. Ada term yang kita tak tahu. Janji orang amik insuran dengan dia dah cukup. Itu salah tu.

Ok, selesai sudah Mek Lom bercerita hari ni. Jumpe lagi dilain waktu. Adios!

Merinduimu duhai pujaan hatiku

Ma weh...rindu ko ma!! Nok kelik kapung!!! Huhuhuuhu


Ma ambo dengan anak buah ambo. Ish...koho rindu dibuatnya. Homesick molek!!

Cepatla masa berlalu...cuti rayo cino ni nok kelik Klatey!! Nok peluk cium Ma..uhuk uhuk uhuk

Nak bercuti weh

Setelah sekian lama bergelumang dengan penat lelah demi menjayakan Hari Kastam Sedunia kali ke31, alhamdulillah, berlalu juga hari tersebut dengan suksesnya. Bila dah rilek lagu ni, terlintas pulak di kepala otak ambo hok geliga ni beraso nok gi melepak-lepak, manjakan diri dan tenangkan jiwo! Pendek kata nak gi bercuti la! Hehehe. Duk godek godek internet takdi, terjumpa 1 hotel ni. Tok jauh pun dari KL. Kat Port Dickson jah. Napok supo mewoh. Bila bukok agoda, memang mewoh pun! Harga paling komang 6 ratus lebih! Gulp!!







Hotelnya nama Grad Lexis. Aduhai. Koyak molek poket kalu nok tido sini semalaman. Setengah bulan gaji tu! Kikiki. So, cancel je la tido sini. Kena fikir percutian kat tempat lain la pulok. Huhuh

Warga Kastam dapat insentif setengah bulan gaji


Warga Kastam dapat insentif setengah bulan gaji


MENTERI Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyampaikan anugerah Tokoh Kastam 2013 kepada Allahyarham Tan Sri Daiman Jamaluddin yang diwakili cucunya Dr. Ahmad Reezal Dr. Abdul Latif diperhatikan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad (kiri) pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - UTUSAN


PUTRAJAYA 26 Jan. - Seramai 12,500 warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara bakal menerima elaun khas berupa setengah bulan gaji pada tahun ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengumumkan perkara itu berkata, pemberian insentif khas itu adalah berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pasukan tersebut selepas berjaya mengutip hasil sebanyak RM32.318 bilion pada tahun lepas.

Katanya, pungutan hasil tersebut meningkat sebanyak RM1.93 bilion atau 6.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Insentif setengah bulan gaji ini kerajaan berikan bagi menghargai kerja-kerja yang dilakukan Kastam yang berjaya mencapai prestasi tertinggi dalam sejarah mereka.

"Kita akan umumkan tarikh pemberian itu nanti di mana keputusan itu diputuskan selepas perbincangan dibuat bersama pihak Kastam pada minggu ini," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN


Alhamdulillah.. ambo bersyukur di atas rezeki yang tidak putus-putus dari MU Ya Allah..

Tips Belajar Sambil Bekerja


 

  

1. Rancang jadual kerja dan pengajian sebaiknya. 
Terutamanya bagi mereka yang bekerja syif. Penting kerana jadual kerja syif turut melibatkan hujung minggu dan ia boleh mengganggu kehadiran anda ke kuliah. Cuba aturkan syif anda agar tidak bertindih dengan jadual kelas. Minimumkan ketidakhadiran anda ke kuliah.

2. Pastikan deadline bagi tugasan pejabat serta pengajian dirancang lebih awal dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Dalam organizer handphone misalnya.

3. Gunakan masa dengan sebaiknya. Contohnya mendengar semula rakaman kuliah ketika di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Kalau nota anda dalam bentuk ebook, gunakan aplikasi PDF pada handphone untuk membacanya ketika menunggu makanan di kedai makan atau waktu senggang yang lain. 

4. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makanlah dengan teratur (kurangkan makanan segera), BERSENAM, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda terutamanya dengan keluarga.

5. Jika mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba timbul masalah keluarga atau kerja. Beritahu kepada pensyarah lebih awal. Minta budi bicara daripada pensyarah. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

6. Sentiasa ingatkan diri sendiri tentang matlamat sebenar atau tujuan asal anda menyambung semula pengajian. Jika  bersikap sambil lewa terhadap pengajian, ia boleh menjejaskan masa depan selain merugikan masa, wang dan tenaga anda dan keluarga anda. Ingat pengorbanan keluarga!!! 

7. Beritahu ketua atau majikan mengenai pengajian yang sedang anda diikuti. Penyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu. Anda perlu merasa bangga dengan apa yang anda lakukan!!!

8. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan. Di samping menjadikannya motivasi untuk sentiasa bersemangat dalam pengajian.

9. Wujudkan tempat bekerja yang selesa. Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pengajian dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda.

10. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda. Dan elakkan menggunakan alasan mahu mengulangkaji bagi melarikan diri dari sesuatu. Jangan biarkan keluarga anda menganggap anda tidak serius terhadap pengajian.


11. Jangan lupa makan ubat yang disyorkan oleh doktor anda mengikut waktu yang ditetapkan (terutamanya ubat darah tinggi). Tidak salah mengambil supplement yang bersesuaian dengan status anda sebagai seorang pelajar. 

12. Pastikan anda mempunyai group belajar anda sendiri. Ini amat penting untuk memastikan anda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun tidak dapat hadir ke kelas disebabkan tuntutan kerja. 

13. Sentiasalah berhubung dengan pensyarah anda sama ada secara bersemuka ataupun email. Pelajar yang kerap berjumpa pensyarah jarang pulang dengan tangan kosong...percayalah..... Binalah hubungan baik dengan pensyarah agar ilmu yang anda dapat itu berkat.

14. Sentiasa hadirkan diri ke dalam kelas perbincangan kumpulan belajar. Kajian menunjukkan pembelajaran yang dilakukan secara berkumpulan lebih berkesan daripada belajar sendiri. Dengan syarat....semua ahli kumpulan memainkan peranan masing2.

15. Sentiasa meminta maaf dan meminta restu ibu bapa terutamanya menjelang peperiksaan. Walaupun anda sudah ada keluarga sendiri, hubungan baik dengan ibu bapa dan doa mereka memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan anda!!
 


Keruntuhan Akhlak Remaja

Keruntuhan Akhlak Remaja

Zaman ini, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja semakin bertambah. Di dada akhbar, saban hari pelbagai masalah yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak diberitakan. Antaranya termasuklah kes buli, gangsterisme, dan vandalisme. Justeru, tidak hairanlah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini semakin membimbangkan.

Banyak faktor yang mendorong kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Namun begitu, punca utama ialah kegagalan remaja itu sendiri mengawal diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Mereka hendak mencuba perkara baharu tanpa memikirkan kesannya. Mereka terlalu ghairah menunjukkan kehebatan diri sehingga mendorong golongan remaja terlibat dalam gejala merokok, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme.


  

Selain itu, golongan remaja agak mudah dipengaruhi oleh kawan sebaya. Mereka akan terburu-buru menurut ajakan dan suruhan kawan sebaya, apatah lagi jika remaja berkenaan bergaul dalam kumpulan remaja yang bersikap negatif dan bermasalah dalam kehidupan sehari-hari. 
        

Seterusnya, remaja juga agak mudah terpangaruh oleh paparan negatif dalam media massa. Pada masa yang sama juga, kemudahan Internet, yakni dunia tanpa sempadan turut menawarkan cukup banyak laman negatif yang mudah dilayari oleh remaja. Laman-laman inilah jika tidak dikawal selia akan mempengaruhi jiwa raga remaja pada hari ini.


   

Keluarga yang porak-peranda turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini. Ibu bapa remaja kurang menunjukkan teladan yang dapat dijadikan ikutan atau contoh yang baik. Sebaliknya, sesetengah ibu bapa kurang mengambil tahu masalah anak-anak mereka. Justeru, anak remaja yang terbiar tanpa bimbingan dan kasih sayang yang sepatutnya mula mencari jalan keluar dan bergaul dengan anasir-anasir negatif di luar rumah. Mereka mula bergentayangan di pusat beli-belah, kafe-kafe siber dan menjadi ahli samseng jalanan.


                 

Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.



           

 

Diri Ambo

My photo
just a simple woman n wife.. but sometime my head will be da tingtong n toink2 heheh peace yo!!

Followers

About this blog

Powered by Blogger.

Search