1. Rancang jadual kerja dan pengajian sebaiknya.
Terutamanya bagi mereka yang bekerja syif. Penting kerana jadual kerja syif turut melibatkan hujung minggu dan ia boleh mengganggu kehadiran anda ke kuliah. Cuba aturkan syif anda agar tidak bertindih dengan jadual kelas. Minimumkan ketidakhadiran anda ke kuliah.
2. Pastikan deadline bagi tugasan pejabat serta pengajian dirancang lebih awal dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Dalam organizer handphone misalnya.
3. Gunakan masa dengan sebaiknya. Contohnya mendengar semula rakaman kuliah ketika di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Kalau nota anda dalam bentuk ebook, gunakan aplikasi PDF pada handphone untuk membacanya ketika menunggu makanan di kedai makan atau waktu senggang yang lain.
4. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makanlah dengan teratur (kurangkan makanan segera), BERSENAM, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda terutamanya dengan keluarga.
5. Jika mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba timbul masalah keluarga atau kerja. Beritahu kepada pensyarah lebih awal. Minta budi bicara daripada pensyarah. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.
6. Sentiasa ingatkan diri sendiri tentang matlamat sebenar atau tujuan asal anda menyambung semula pengajian. Jika bersikap sambil lewa terhadap pengajian, ia boleh menjejaskan masa depan selain merugikan masa, wang dan tenaga anda dan keluarga anda. Ingat pengorbanan keluarga!!!
7. Beritahu ketua atau majikan mengenai pengajian yang sedang anda diikuti. Penyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu. Anda perlu merasa bangga dengan apa yang anda lakukan!!!
8. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan. Di samping menjadikannya motivasi untuk sentiasa bersemangat dalam pengajian.
9. Wujudkan tempat bekerja yang selesa. Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pengajian dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda.
10. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda. Dan elakkan menggunakan alasan mahu mengulangkaji bagi melarikan diri dari sesuatu. Jangan biarkan keluarga anda menganggap anda tidak serius terhadap pengajian.
11. Jangan lupa makan ubat yang disyorkan oleh doktor anda mengikut waktu yang ditetapkan (terutamanya ubat darah tinggi). Tidak salah mengambil supplement yang bersesuaian dengan status anda sebagai seorang pelajar.
12. Pastikan anda mempunyai group belajar anda sendiri. Ini amat penting untuk memastikan anda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun tidak dapat hadir ke kelas disebabkan tuntutan kerja.
13. Sentiasalah berhubung dengan pensyarah anda sama ada secara bersemuka ataupun email. Pelajar yang kerap berjumpa pensyarah jarang pulang dengan tangan kosong...percayalah..... Binalah hubungan baik dengan pensyarah agar ilmu yang anda dapat itu berkat.
14. Sentiasa hadirkan diri ke dalam kelas perbincangan kumpulan belajar. Kajian menunjukkan pembelajaran yang dilakukan secara berkumpulan lebih berkesan daripada belajar sendiri. Dengan syarat....semua ahli kumpulan memainkan peranan masing2.
15. Sentiasa meminta maaf dan meminta restu ibu bapa terutamanya menjelang peperiksaan. Walaupun anda sudah ada keluarga sendiri, hubungan baik dengan ibu bapa dan doa mereka memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan anda!!
0 comments:
Post a Comment