A.L.O.M

Pabila alom bercerita itu dan ini...

Resepi Kek Kukus Buah

Hari ni, awal-awal pagi lagi ambo dah sampai office. Sebelum start busy tak ingat dunia dengan kerja, ambo ambil masa kejap untuk update blog. Haaa, kali ni ambo nak share resepi Kek Kukus Buah. Resepi berbentuk kukus je la deh yang ambo boleh share, sebab oven kat rumah dah hantar balik kampung. Kesnya, bonda ambo la duk ngepek (berleter) kata nanti oven rosak kalau tak guna. Hantar balik kampung je, boleh mak masak! Ehehehe.

Ni resepi dari abey Mat Gebu, mbo juppo dalam Myresepi. Jom tengok bahan ngan cara-cara nok buat Kek Kukus Buah:

Bahan-bahan ( 15 orang ke atas )

  • 375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
  • 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
  • 3 biji telur Gred A
  • 300 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bikarbonate*
  • 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
  • 150 g gula perang (gula halus pun ok)
  • 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
  • 1 biji pala, diparut
  • 30 g badam keping
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_032
    Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
  2. Cake_and_muffin_031
     Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
  3. Cake_and_muffin_033
    Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
  4. Cake_and_muffin_034
    Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
  5. Cake_and_muffin_035
    Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
  6. Cake_and_muffin_036
    Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
  7. Cake_and_muffin_030
    Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
  8. Cake_and_muffin_037
    Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau.
  9. Cake_and_muffin_038
    Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
  10. Cake_and_muffin
    Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.
  11. Cake_and_muffin_039
    UNTUK PANDUAN:- Beginlah rupa "biji pala". Yang sebelah kiri tu rupa biji pala yg masib berkulit. Yang kanan dan hadapan itu yg telah ditanggalkan kulitnya. Rempah biji pala ini penting utk menyeimbangkan rasa kek dgn buah2an dan mentega, disamping menambah aroma... Rempah biji pala ini boleh didapati di kedai2 india yg menjual rempah ratus

0 comments:

Post a Comment

Diri Ambo

My photo
just a simple woman n wife.. but sometime my head will be da tingtong n toink2 heheh peace yo!!

Followers

About this blog

Powered by Blogger.

Search