Hehehe, ambo rasa sangat-sangat happy arini. Sebabnya pasukan Tok Gajah menang bola dalam saingan Liga Super ke atas pasukan yang gah dengan pemain yang berbintang-bintang semalam. Ala, pasukan mana lagi...takkan masih tak kenal dengan pasukan 'tersohor' tu kawan-kawan? Ala, yang bunyi cerita dan khabar angin ada pemain import berharga jutaan ringgit tu. Tercalar jugala imej Johor Darul Takzim (Johor DT) bila tewas 2-3 kepada Pahang.
Pahang hampir merayakan gol pertama menerusi tendangan Nikolche Kleckaroski pada minit kesembilan, tetapi terpaksa akur bila jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil kerana penyerang Pahang itu merempuh penjaga gol Johor DT yang sudah menagkap bola sebelum is terlepas dan disambar oleh Nikolche. Sakit anak tekak ambo duk menjerit. Ingatkan gol, rupanya kena batal. Selang seminit kemudian, kekecewaan pasukan Tok Gajah makin dirasai bila Johor DT berjaya meledakkan gol pertama pada minit kesepuluh hasil tandukan Safiq Rahim. Memang ambo pun frust sangat masa ni. Yang membuatkan ambo rasa makin sakit, pedih dan keciwa di hati bila minit ke-25, Johor DT sekali lagi menghasilkan gol bila Mat Yo (eh, dah jadi nama Wak Lan doh sekarang ni) menendang masuk gol. Rasa time ni dan-dan nak hempas tv ke luar rumah! Hehehe. Rasa je lebih, tak jadi pun hempas tv keluar rumah, tapi bangun gi dapur bancuh air Milo secawan.
Masuk second half, haa..part ni yang best! Minit ke-48, Fauzi Roslan bangkit menjaringkan gol pertama buat skuad Tok Gajah. Bila game dah dekat nak abis, Pahang tak sumbat-sumbat gol dah, ambo rasa Johor DT doh menang. Takpela, redha je sebab team dia ada bintang! Rupa-rupanya, minit ke-72, Fauzi sekali lagi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 2 sama. Fuh! Bersemangat balik! Bila dah seri 2 sama ni, pasukan Tok Gajah serang bertalu-talu. Asyik duk bermain-main depan pintu gol Johor DT. Sakit dada kes suspen sangat. Dah la masa dah nak habis. Akhirnya, ambo bersorok kuat sanpai sakit anak tekak bila R. Surendran berjaya meledakkan gol kemenangan buat Pahang pada minit ke-82. Hohoho. Memang gumbira tak terkata!
Walaubagaimanapun, pasukan Harimau Selatan yang tertekan dengan kebangkitan skuad Tok Gajah akhirnya memasukkan ayam tambatan mereka Mohd Safee Sali pada minit-minit akhir untuk digandingkan dengan Wak Lan bagi memperkemaskan barisan serangan. Namun, harapan Johor DT lebur sebaik pengadil meniup wisel penamat.
Ambo tiba-tiba jadi minat ngan pasukan Tok Gajah. :-) Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pahang. Apa pun, game malam ni lagi penting. The Red Warrior vs PKNS. Dub dab...dub dab...
Salam Rindu
6 years ago
0 comments:
Post a Comment