A.L.O.M

Pabila alom bercerita itu dan ini...

FEP UKM

   Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor
   Laman Web : http://www.ukm.my/fep
_______________________________________________________________________________
Program Sarjanamuda Perniagaan dengan Kepujian menyediakan kursus bagi membina para pelajar menghadapi arus cabaran dalam dunia perniagaan yang kompetitif. Program ini memastikan graduan mempunyai secukupnya ilmu pendidikan dan kelayakan membina pilihan kerjaya yang luas. Program ini juga menyediakan graduan yang berkebolehan dalam teras perniagaan berorientasikan disiplin yang berkaitan seperti pengurusan, perakaunan, kewangan dan pemasaran di samping memahami aspek-aspek kursus di dalam bidang sains sosial yang merangkumi ekonomi, sosiologi, komunikasi, bahasa dan teknologi.

Jabatan Ekonomi dan Perdagangan di bawah Fakulti Sastera telah dinaik taraf sebagai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Pada 16 Mei 1979, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah dipisahkan menjadi Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan ekoran perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin meningkat. Kedua-dua fakulti ini telah digabungkan hasil penstrukturan semula pada 1 April 2004 sebagai Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Mulai 5 Ogos 2010 namanya telah ditukar kepada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
_______________________________________________________________________________

Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian
Program Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian merangkumi pengajian selama 4tahun. Program ini diwujudkan untuk melahirkan graduan profesional dalam bidang perakaunan sejajar dengan keperluan cabaran dan perkembangan profesion, ekonomi dan negara. Program ini distrukturkan untuk membentuk kemahiran graduan menjadi pengurus dalam membuat keputusan, pengurus maklumat serta menjadi perancang dan pengawal kewangan sama ada sebagai akauntan awam atau akauntan berdaftar di organisasi awam mahupun swasta.

Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian Pelajar dikehendaki memilih pengkhususan antara lima bidang yang ditawarkan seperti:-
     » Pengurusan      » Perniagaan Antarabangsa      » Kewangan      » Pengurusan Risiko dan Insuran      » Pemasaran


Sarjanamuda Ekonomi dengan KepujianProgram ini dirangka untuk menghasilkan siswazah yang mampu memahami, menganalisis dan memberikan pandangan kritikal kepada mana-mana permasalahan ekonomi. Untuk tujuan ini, pelajar dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi yang mencukupi dan menyeluruh di samping mengkhusus di bidang ekonomi yang diminati seperti kewangan, industri, sumber manusia, pembangunan dan perancangan, sumber dan alam sekitar, ekonometrik, dasar awam, antarabangsa dan ekonomi Islam.

_______________________________________________________________________________
Dekan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 603 8921 5360 / 5366 / 5367     Faks : 8925 1821 / 3713
Laman Web : http://www.ukm.my/fepE-mel : dfep@ukm.my

0 comments:

Post a Comment

Diri Ambo

My photo
just a simple woman n wife.. but sometime my head will be da tingtong n toink2 heheh peace yo!!

Followers

About this blog

Powered by Blogger.

Search